Thursday 11 April 2013

Puding Tembikai



 puding tembikai
Bahan-bahan
8 keping roti sandwich - racik-racik dan ketepikan
1 paket agar-agar bertali dalam 25g
6 cawan air
1 1/4 cawan gula
1/2 tin susu pekat
Pewarna hijau dan merah/kuning
2 sudu besar majerin/butter
1 sudu kecil essen vanilla
Sedikit serbuk coklat - saya ganti dengan cincau. Cepat sikit proses


Caranya

1. Kalau guna cincau, cincang dulu bagi jadi kecil-kecil halus. Yang ni nak buat bentuk bijinya so agak-agak le yer.

2. Masak agar-agar bersama air sampai larut. Kacau selalu yer bagi jangan ada yang berketul-ketul.

3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Kemudian masukkan pula susu dan majerin. Kacau lagi bagi sebati baru padamkan api.

4. Ambil separuh adunan dan kisar bersama dengan roti dan essen vanilla. Pastikan kisar hingga halus yer. Kemudian masukkan semula dalam baki adunan yang kat dalam periuk tadi dan hidupkan api semula. Kacau sehingga sebati.

5. Kalau tak der cincau, masa ni ambil sedikit adunan lebih kurang 1 sudu besar dan campurkan dengan serbuk coklat. Sikit je untuk buat biji tembikai. Kalau dah keras cincang-cincangkan dia.

6. Sendukkan sedikit adunan ke dalam loyang bulat atau empat segi. Agak-agak 1 senduk je untuk jadikan kulit tembikai. Tapi saya guna 1 cawan mudah sikit. Campurkan pewarna hijau. Kacau hingga rata dan sejukkan sekejap bagi beku sedikit. Tapi pastikan jangan terlampau keras nanti lapisan tu tak lekat antara satu sama lain pulak.

7. Agak-agak lapisan hijau dah mula keras sikit, masukkan pula adunan agar-agar tadi. Tapi yang ini pastikan plain jer yer, jangan campur dengan mana-mana pewarna. Ambil dalam 3/4 cawan jer. Biarkan macam yang hijau tadi. Jangan keras sangat juga.

8. Baki yang kat dalam periuk tu boleh ler dimasukkan warna merah atau kuning. Bila dah agak-agak lapisan putih tadi nak mengeras sikit, masukkan adunan berwarna merah/kuning ni. Kemudian taburkan hirisan cincau ataupun agar-agar coklat yang telah dicincang tadi.

9. Sejukkan diluar sebentar sebelum dibekukan di dalam peti sejuk.


~selamat mencuba dan selamat menjamu selera~ (^_^)


 

ANDAI ITU TAKDIRNYA

aku sedar siapa diriku...
aku serba kekurangan sedangkan dia lebih segala-galanya. dia bijak pandai walaupun kami sama-sama belajar hingga ke universiti. dia anak orang kaya sedangkan aku anak orang biasa-biasa. di rumahnya dipenuhi dengan beberapa buah kereta,dia pun selalu tukar kereta sedangkan aku hanya sebuah itupun bapak aku punya. keluarganya bergaji besar sedangkan keluarga aku sebagai kuli jer. bila aku cakap kita tak sama taraf, kenapa dia cakap boleh terima pada masa itu. ..tapi hari ini lain pula yang aku terima. :( ("sy x nak awk trlalu brharap") ok la, aku sedar siapa aku. so, masing-masing tak boleh nak puaskan hati. aku tak boleh nak puaskan hati dia dan dia pun tak boleh nak puaskan hati aku. ok,redha jer la dengan apa yang terjadi.lagipun memang aku dah agak benda ni akan terjadi jugak suatu hari nanti (sbb aku sedar aku tak boleh nak puaskan hati dia, tak boleh nak gembirakan dia). hurmmm macam laa tak pernah alami sebelum ni kan.hihihi..kalau sebelum ni boleh kuat hadapinya (walaupun dlm hati sedih) tak kan kali ni tak boleh kan..yeahhh cayuk3x..(^_^).

andai itu takdirnya,aku terima dengan redha (betol ke redha??). kalau jodoh kita pasti akan ketemu lagi..

awak,saya nak awak tahu yang saya sayang dan rindu awak walaupun sebelum ni saya pernah buat kesilapan dengan awak. saya akan ingat semua kenangan kita. tambah-tambah masa kita keluar jalan-jalan ke tempat paling jauh awak bawak saya.pada hari tu la saya rasa sayang sangat kat awak dan apabila balik ke rumah saya rasa rindu sangat walaupun baru pagi tu kita jumpa. walau apa pun jaga diri awak baik-baik yer sayang...SAYA SAYANG AWAK.


Wednesday 10 April 2013

SAINS PEMIKIRAN & ETIKA



 BAB 3: Fahaman Pemikiran dan Etika

SEKULARISME
     Sekularisme merupakan ideologi yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang luas. Matlamatnya adalah untuk melahirkan idea dan nilai sekular pada individu,masyarakat dan mendaulatkan negara  sekular. Perjuangan utamanya berkaitan dengan urusan seperti politik, ekonomi, sosial, pentadbiran, undang-undang dan hak kebebasan individu daripada peraturan dan agama didalam sesebuah negara. Selain itu, prinsip sekularisme pula menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal melalui bukti ujikaji bukan hasil doktrin agama.

     DEFINISI SEKULARISME
Perkataan dasar bagi Sekularisme ialah sekular yang berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' iaitu yang bermaksud masa dan tempat. Masa ialah masa sewaktu kita menjalani kehidupan  manakala tempat pula ialah merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia nyata. Fokus kepada kehidupan dunia yang sempurna untuk kesejahteraan dunia yang tiada kaitan dengan hari pembalasan. Dari aspek falsafah pula, sekular ialah sebuah fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan daripada kehidupan manusia.

NEGARA SEKULAR
Negara sekular bermaksud kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah. Ia juga merujuk kepada sebuah negara yang menganut fahaman pemisahan secara tegas antara agama dan negara. Oleh itu, sekularisme dalam istilah politik merupakan satu gerakan ke arah pemisahan ke arah agama dan kerajaan. Sekularisme mempunyai kaitan yang sangat erat dengan zaman kesedaran Eropah. Prinsip-prinsip pemisahan antara kuasa gereja dan negara. Oleh itu ahli politik akan membuat keputusan bagi setiap urusan kehidupan termasuk hal berkaitan hukum agama.
Tiga prinsip penting yang perlu diketengahkan dan diaplikasikan dalam sebuah kehidupan masyarakat berbentuk sekular:
1.      Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan
2.      Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.
3.      Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak.

PENENTANGAN DAN PENGASINGAN KUASA GEREJA
Mula bertapak di negara Barat pada abad pertengahan iaitu pada zaman pembaharuan Eropah sebagai satu tindak balas rakyat terhadap sikap gereja. Gerakan golongan Protestan yang menentang Katolik pada abad pertengahan berlaku untuk menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas cara hidup bangsa Eropah secara keseluruhan. Selain itu, berlaku perbalahan antara sainstis dengan paderi gereja yang memegang kuasa dan mementingkan diri sendiri. Pihak gereja berbalah dengan pihak pemerintah dan tokoh akademik yang boleh menghalang penguasaan kekayaan negara.

KEMUNCULAN TEORI CHARLES DARWIN
Teori dipelopori oleh Charles Darwin, beliau merupakan ahli biologi berbangsa inggeris yang dilahirkan pada tahun 1809 masihi. Beliau berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi makhluk yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan. Beliau membuat embriologi tentang binatang dengan mengatakan kesempurnaan dan kejadian makhluk hidup sesuai dengan pembuktian fisiologi dan persamaan struktur janin manusia dengan ikan dan katak kepada ahli ilmu Biologi. Begitu juga dengan klon manusia yang membawa bukti masih memiliki hubungan kekeluargaan dengan klon binatang.

PRINSIP-PRINSIP SEKULARISME
Prinsip-prinsip utama fahaman sekularisme adalah meningakatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia. Aliaran pemikiran sekular berpendapat hanya perjuangan kebendaan sahaja yang memberi  jaminan baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat. Utilitarian yang membawa idea apa yang perlu dan patut diusahakan oleh manusia adalah perkara yang berguna dari aspek kebendaan. Mempunyai tafsiran yang pelbagai bergantung kepada kekuatan akal manusia bagi mentafsir, mengolah dan membuat penilaian.

CIRI-CIRI SEKULARISME
·         Penafian hal-hal kerohanian
·         penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudkan tertinggi dalam bidang agama
·         Menafikan adanya nilai hidup tetap
·         Menolak Keimanan kepada Allah dalam konsep ibadah
·         Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia
·         Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama
·         Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek
·         Beranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminandan warisan yang tiada hubungan dengan hukum syariat yang suci
·         Penerapan nilai-nilai Islam akan merugikan penganut Agama Bukan Islam yang boleh menjadikan ancaman kepada sesebuah persatuan.
·         Menganggap bahawa syariat Islam sangat terbelakang, primitif dan ketinggalan zaman
·         Menyebarkan fahaman yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri

KAEDAH PENYEBARAN FAHAMAN SEKULARISME
1.      Penyebaran sekularisme melalui pendidikan
Ø  Menghantar pelajar ke Negara luar untuk melanjutkan pengajian
Ø  Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan
Ø  Memperkenalkan institusi pendidikan asing di Negara-negara Islam
Ø  Pergaulan bebas
2.      Penyebaran sekularisme melalui media massa
3.      Penyebaran sekularisme melalui undang-undang

KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)
Manusia mempunyai cita-cita tinggi. Oleh itu, jika manusia dapat menggunakan akalnya dengan betul dan bijaksana, dia akan membentuk nilai-nilai moral yang baik. Antara kelemahan manusia bercita-cita tinggi ialah prinsip yang tidak realistik, iaitu ia menggalakkan manusia mencari kebendaan semata-mata dan status moral dalam kalangan manusia pada ketika ini tidak lagi penting.

LIBERALISME
Liberalisme merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi  dalam menekankan hak peribadi dan kesamarataan. Fahaman liberalisme mengenengahkan sifat-sifat individu dalam kebebasan ekonomi, politik dan sosial. Liberalisme dari sudut politik pula adalah seseorang itu dianggap sebagai asas kepada undang-undang dan masyarakat. Ianya dapat diterangkan melalui perjanjian sosial dimana rakyat merangkan undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut. Liberalisme dalam ekonomi pula memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire. 

MODENISME
Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Ia juga merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.

HUMANISME
Humanisme  ialah fahaman yang  menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agong. Dialah yang menentukan hukum-hakam.

Sifat fahaman Humanisme
ü  Percampuran bebas
ü  Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan
ü  Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan
ü  Gerakan pembebasan wanita
ü  Kaunseling berkelompok
ü  Pendidikan seks

Thursday 14 March 2013

~bukan aku...~~ (^_~)



"Bukan aku tak suka..
cuma tak mampu mezahirkan rasa
"Bukan aku tak sudi.. cuma takut tak direstui
"Bukan aku tak kasih.. cuma bimbang akan tersisih
"Bukan aku tak sayang.. cuma risau ada penghalang
"Bukan aku tak rindu.. cuma malu untuk mengaku
"Bukan aku tak cinta.... cuma menjaga hati supaya tidak terluka

Wednesday 6 March 2013

kata-kata hamka



KATA-KATA HAMKA

Penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman dan iman yang kuat akan menambah baik
dan tinggi mutu amalan. – HAMKA


Kebodohan sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya.  Bertambah
luas dan dalam ilmu, bertambah luas dan dalam yang dapat diterangi oleh mata
hati kita. – HAMKA

Jangan terlalu boros mengeluarkan pendapat, sederhana memulai atau menjawab. Susun
baik-baik alasan yang diberikan kerana yang demikian amat besar muslihatnya di dalam
menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan. – HAMKA

Membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling
tinggi. - HAMKA

Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang
berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit.  Kalau kita selamat, bersyukurlah.
Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali.  Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak
dapat bangun semula. - HAMKA

Rezeki yang baik daripada pelbagai anugerah dan pemberian.  Akal yang cerdas
adalah termasuk rezeki yang baik.  Budi pekerti yang terdapat pada perikemanusian
adalah termasuk rezeki yang baik. - HAMKA

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya.  Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai. - HAMKA

Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk, tetapi
setelah sampai kepada hujungnya barulah kita mengerti bahawa amal yang buruk itu
adalah berakhir yang baik. - HAMKA

Orang yang berjiwa merdeka, tidak gentar menghadapi tanggungjawab.  Dan kemerdekaan
jiwa yang disertai dengan kemerdekaan budi, tidak dapat dibeli dengan harta-benda
dan kedudukan yang tinggi. - HAMKA

Manusia yang berakal budi sentiasa berusaha mempertinggi martabat jiwanya, sehingga
mempunyai yang lebih baik sempurna. - HAMKA