Wednesday 10 April 2013

SAINS PEMIKIRAN & ETIKA



 BAB 3: Fahaman Pemikiran dan Etika

SEKULARISME
     Sekularisme merupakan ideologi yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang luas. Matlamatnya adalah untuk melahirkan idea dan nilai sekular pada individu,masyarakat dan mendaulatkan negara  sekular. Perjuangan utamanya berkaitan dengan urusan seperti politik, ekonomi, sosial, pentadbiran, undang-undang dan hak kebebasan individu daripada peraturan dan agama didalam sesebuah negara. Selain itu, prinsip sekularisme pula menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal melalui bukti ujikaji bukan hasil doktrin agama.

     DEFINISI SEKULARISME
Perkataan dasar bagi Sekularisme ialah sekular yang berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' iaitu yang bermaksud masa dan tempat. Masa ialah masa sewaktu kita menjalani kehidupan  manakala tempat pula ialah merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia nyata. Fokus kepada kehidupan dunia yang sempurna untuk kesejahteraan dunia yang tiada kaitan dengan hari pembalasan. Dari aspek falsafah pula, sekular ialah sebuah fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan daripada kehidupan manusia.

NEGARA SEKULAR
Negara sekular bermaksud kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah. Ia juga merujuk kepada sebuah negara yang menganut fahaman pemisahan secara tegas antara agama dan negara. Oleh itu, sekularisme dalam istilah politik merupakan satu gerakan ke arah pemisahan ke arah agama dan kerajaan. Sekularisme mempunyai kaitan yang sangat erat dengan zaman kesedaran Eropah. Prinsip-prinsip pemisahan antara kuasa gereja dan negara. Oleh itu ahli politik akan membuat keputusan bagi setiap urusan kehidupan termasuk hal berkaitan hukum agama.
Tiga prinsip penting yang perlu diketengahkan dan diaplikasikan dalam sebuah kehidupan masyarakat berbentuk sekular:
1.      Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan
2.      Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.
3.      Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak.

PENENTANGAN DAN PENGASINGAN KUASA GEREJA
Mula bertapak di negara Barat pada abad pertengahan iaitu pada zaman pembaharuan Eropah sebagai satu tindak balas rakyat terhadap sikap gereja. Gerakan golongan Protestan yang menentang Katolik pada abad pertengahan berlaku untuk menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas cara hidup bangsa Eropah secara keseluruhan. Selain itu, berlaku perbalahan antara sainstis dengan paderi gereja yang memegang kuasa dan mementingkan diri sendiri. Pihak gereja berbalah dengan pihak pemerintah dan tokoh akademik yang boleh menghalang penguasaan kekayaan negara.

KEMUNCULAN TEORI CHARLES DARWIN
Teori dipelopori oleh Charles Darwin, beliau merupakan ahli biologi berbangsa inggeris yang dilahirkan pada tahun 1809 masihi. Beliau berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi makhluk yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan. Beliau membuat embriologi tentang binatang dengan mengatakan kesempurnaan dan kejadian makhluk hidup sesuai dengan pembuktian fisiologi dan persamaan struktur janin manusia dengan ikan dan katak kepada ahli ilmu Biologi. Begitu juga dengan klon manusia yang membawa bukti masih memiliki hubungan kekeluargaan dengan klon binatang.

PRINSIP-PRINSIP SEKULARISME
Prinsip-prinsip utama fahaman sekularisme adalah meningakatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia. Aliaran pemikiran sekular berpendapat hanya perjuangan kebendaan sahaja yang memberi  jaminan baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat. Utilitarian yang membawa idea apa yang perlu dan patut diusahakan oleh manusia adalah perkara yang berguna dari aspek kebendaan. Mempunyai tafsiran yang pelbagai bergantung kepada kekuatan akal manusia bagi mentafsir, mengolah dan membuat penilaian.

CIRI-CIRI SEKULARISME
·         Penafian hal-hal kerohanian
·         penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudkan tertinggi dalam bidang agama
·         Menafikan adanya nilai hidup tetap
·         Menolak Keimanan kepada Allah dalam konsep ibadah
·         Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia
·         Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama
·         Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek
·         Beranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminandan warisan yang tiada hubungan dengan hukum syariat yang suci
·         Penerapan nilai-nilai Islam akan merugikan penganut Agama Bukan Islam yang boleh menjadikan ancaman kepada sesebuah persatuan.
·         Menganggap bahawa syariat Islam sangat terbelakang, primitif dan ketinggalan zaman
·         Menyebarkan fahaman yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri

KAEDAH PENYEBARAN FAHAMAN SEKULARISME
1.      Penyebaran sekularisme melalui pendidikan
Ø  Menghantar pelajar ke Negara luar untuk melanjutkan pengajian
Ø  Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan
Ø  Memperkenalkan institusi pendidikan asing di Negara-negara Islam
Ø  Pergaulan bebas
2.      Penyebaran sekularisme melalui media massa
3.      Penyebaran sekularisme melalui undang-undang

KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)
Manusia mempunyai cita-cita tinggi. Oleh itu, jika manusia dapat menggunakan akalnya dengan betul dan bijaksana, dia akan membentuk nilai-nilai moral yang baik. Antara kelemahan manusia bercita-cita tinggi ialah prinsip yang tidak realistik, iaitu ia menggalakkan manusia mencari kebendaan semata-mata dan status moral dalam kalangan manusia pada ketika ini tidak lagi penting.

LIBERALISME
Liberalisme merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi  dalam menekankan hak peribadi dan kesamarataan. Fahaman liberalisme mengenengahkan sifat-sifat individu dalam kebebasan ekonomi, politik dan sosial. Liberalisme dari sudut politik pula adalah seseorang itu dianggap sebagai asas kepada undang-undang dan masyarakat. Ianya dapat diterangkan melalui perjanjian sosial dimana rakyat merangkan undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut. Liberalisme dalam ekonomi pula memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire. 

MODENISME
Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Ia juga merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.

HUMANISME
Humanisme  ialah fahaman yang  menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agong. Dialah yang menentukan hukum-hakam.

Sifat fahaman Humanisme
ü  Percampuran bebas
ü  Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan
ü  Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan
ü  Gerakan pembebasan wanita
ü  Kaunseling berkelompok
ü  Pendidikan seks

No comments:

Post a Comment